ASAL USUL KOLEJ;
sebelum Kolej tuut tuut ditubuhkan, kawasan rumah kedai tu terpinggir, ala, dua blok rumah kedai je pun. pastu, ada few families dah terbeli rumah kat atas kedai tu, sebab ingatkan nak dibangunkan sebagai taman perumahan. Rupa-rupanya, kerajaan suruh buat kolej swasta yang tercampak nun di situ. Ada few families yang setuju pindah keluar, ada yang degil. Diantaranya; yeee. keluarga pakcik parang.
Maka, ada beberapa orang pelajar terpaksa berkongsi aras dengan keluarga yang lain.
ASAL USUL NAMA PARANG;
Ketika orientasi, salah seorang senior ada cerita pasal legenda kolej tuut tuut ni.
LAGENDA NOMBOR SATU; PAKCIK PARANG.
aku pun punya lah ingat hantu bawak parang ke ape, brutal jugak hantu modern ni. rupa rupanya, rasanya last year, senior senior lelaki yang satu aras dengan pakcik ni, baru dapat duit tajaan, maka berjoli memberi stereo baru beb ! al makllumlah, lelaki lelaki ini seronok, dan dah macam party gamaknye, rasanya, pakcik ni boiling point dah exceeding 100 degree celcius, dengan parang parang sekali dia angkut gi rumah senior ni,
kalau setakat nak bawak parang dan takut takutkan, oklah kot. tapi, PINTU RUMAH kena hantam dengan parang. tak cukup, STEREO SPEAKER SEGALA, pun kena hantam dengan parang. tinggal, nyawa senior ni je belum. keganasan tahap maksimum.
sebab tulah dapat nama parang ni;
KEJADIAN PSIKOTIK ;
masa tu tengah pembentangan manifesto, kiteorang pakai la, mikrofon, logik la, mestilah kuat. dan bukannya, nak melalak dangdut tak tentu hala time bentang manifesto, tiba, bila calon ketiga; Yazid nak bentang. si pakcik ni, pergi drive kereta saga merah dia, laju gila, mcm nak langgar si yazid ni. dua tiga kali gak. ada sekali tu, dia nak langgar MPP senior, cisss. bini dia dalam kereta lek je ketawa. hampeh, aku rasa memang psiko. rupanya, dia bengan bising. ek eleeh, dah cakap elok elok, suruh pindah taknak.
lepas dah tak pakai mikrofon, dia mcm nak keluar kawasan kolej, lalu gate belakang, baru je dia nak reach gate, bebudak semua cam cheer laa, tiba, dia reverse, dan gila sungguh, drive balik menghala kat perkarangan kolej, maki hamun MPP. second time nak kuar, dah kuar gate, kat jalan dah, bebudak cheer lagi, pastu. YES, DIA PATAH BALIK, & DRIVE LAGI LAJU & MAKI HAMUN LAGI.
gilo tak gilo?
2 comments:
ha.. ngumpat!! kah3~
mangsa keadaan. hahahah
Post a Comment